Friday, January 30, 2009

Boikot Menjadi?


Sudah dua hari berturut-turut Mc Donald mengiklankan slogan "kami bangga menjadi warga malaysia". Adakah kempen "boikot US, boikot Israel" telah menampakkan kesan.

Bila difikirkan, kalau 10 % rakyat (yang selalu berkunjung) menyertai boikot, terjejas juga perniagaan (apatah lagi dalam keadaan gawat ini), atau kita yang tidak boleh tidak mesti makan produk Mc Donald, mengurangkan pembelian sebanyak 20%, panik jugalah jadinya!

Dan apabila melihat iklannya hanya setengah muka... pasti ada yang tidak kena kan?

Wednesday, January 28, 2009


Hari ini saya diberitahu bahawa minggu depan pertandingan bola bawah 17 tahun peringkat Zon Pudu akan berlangsung. "Kut" kata anak saya.

Kita ketepikan "kut" itu:- maknanya tidak pasti:- membawa maksud yang tersembunyi:- tapi apa yang lebih penting ialah jangka masa latihan.

Latihan baru sahaja dimulakan sekitar minggu lepas. Pemilihan pemain hari Khamis lepas.

Bila agaknya latihan skil, teknik dan seterusnya taktikal dilakukan ya? Mempertajamkannya saya rasa mustahil.
Maka lahirkan pemain yang beraksi dalam liga super...... Wakil Negara!!!!!

Sunday, January 25, 2009

Kesan Pemanasan Global.


Terbaca dalam page yahoo, bahawa ketulan ais di Antartika telah mula cair. Mungkin sedikit sahaja, tetapi bayangkan kalau kita terus melakukan tindakan-tindakan yang boleh menyumbang kepada pemanasan global ini, walaupun atas nama kemajuan.

Alahai.


Thursday, January 22, 2009

Harga Sebuah Tamadun:

Pagi tadi anak saya mengeluh.
Katanya: Jam ni ayah... pasal "traffic light" lah ni!

Apabila sesuatu teknologi digunakan, tentu umum mengharapkan keadaan akan menjadi lebih baik. Keluhan anak saya itu adalah sanggahan kepada tanggapan bahawa semua yang baru itu lebih baik.

Alahai.